Saturday 7 January 2012

Terima kasih, maaf dan ikhlas


Terima kasih
Aku pernah dengar daripada majikan pertamaku dulu bahawa jika kita ikhlas, ucapan terima kasih tak perlu. Katanya, cukuplah Allah saja yang membalasnya. Ironinya, dia juga yang mengajar aku menuntut penghargaan bagi setiap apa yang kita lakukan. Betapa ibu ketamnya dia…Aku? Masih menjadi anak ketam yang tercari-cari arah yang terbaik untukku lalui.

Maaf
Ucapan maaf pula selalunya sangat sukar diucap walaupun mereka benar-benar melakukan kesalahan atau mengguris perasaan. Acapkali, ucapan ini hanya menti di bibir pada hari raya. Itupun jika bersalaman… Aku pula? Rasanya masih ada maaf yang belum kuberi dan aku juga takut andai ada kemaafan yang tersangkut.

Ikhlas,
Sukar menebak keikhlasan seseorang bilamana kita sendiri pun kadang-kadang teruji keikhlasan kita. Selalu kita akan kata semua yang dihulurkan adalah ikhlas tapi teruji sikit sudah mula nak berbunyi dan menghilangkan terus ikhlas yang pernah kita ucapkan dulu. Aku? Selalu jugala diuji dengan perkara yang sama. Kadang-kadang terasa juga tempias munafik tu. Nauzubillah…mohon dilindungi dan dijauhkanNya daripada sifat yang satu tu…

No comments:

Post a Comment